Terengganu FC, PJ City FC Terikat Seri Tanpa Jaringan

Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super terikat seri 0-0 dengan menentang PJ City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, skuad Penyu berjaya melonjak di tangga kelima liga dengan mengutip 17 mata manakala PJ City FC kesebelas dengan 12 mata.

Sepanjang babak pertama, hanya tiga percubaan tepat dimiliki skuad kendalian Nafuzi Zain pada minit ke-13 dan 32 menerusi kapten, Kipre Tchetche, namun gagal menemui penyudah.

Begitu juga percubaan daripada pemain sayap, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim pada minit ke-33 gagal disudahkan dengan jaringan oleh Mohd Faisal Halim yang menolak tinggi melepasi palang gol.

Penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz pamer aksi cemerlang menafikan percubaan penyerang Terengganu FC bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Bersambung babak kedua, TFC yang mendominasi permainan menukar rentak permainan lebih pantas dan hampir memecah kebuntuan menerusi Nik Muhammad Sharif Haseefy pada minit ke-46 dan Mohd Faisal tiga minit berselang, tapi percubaan dua pemain itu juga gagal menemui jaringan.

Sebaliknya pelawat hampir di depan menerusi serangan pantas pada minit ke-62, tapi rembatan penyerang Harimau Malaya, Darren Lok sedikit sipi di sebelah kanan pintu gol tuan rumah.

Usaha berterusan tuan rumah untuk memburu jaringan hampa kerana kekentalan benteng pelawat dan keputusan muktamad kekal 0-0.

📊 KEDUDUKAN – LS14

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: