Terengganu FC Mengesahkan Tempat Di Final Piala FA 2022

Terengganu FC mengesahkan tempat di final Piala FA 2022 dengan kemenangan selepas mencatat keputusan 1-1 (Penentuan Penalti 4-2) berdepan Selangor FC pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu, Sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, Terengganu FC di bawah kendalian, Nafuzi Zain tampak lebih garang sebaik perlawanan bermula dengan melancarkan serangan ke kubu pertahanan Selangor dalam usaha memburu gol awal.

Jaringan pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-24 menerusi Hantaran Quentin Cheng disudahkan oleh Norhakim Hassan untuk meletakkan Selangor di hadapan 1-0.

24’ GOL | Hantaran Quentin Cheng disudahkan oleh Norhakim Hassan untuk gol pembukaan!

Terengganu hampir diberikan sepakan penalti pada minit ke 34′ setelah kekasaran dilakukan terhadap Faisal Halim.

Namun setelah perbincangan semula antara pengadil dan pembantunya, keputusan untuk memberikan sepakan penalti kepada Terengganu FC itu dibatalkan.

Percubaan Tchetche Kipre sekadar singgah di palang gol! Minit ke-42

Bersambung babak kedua, Terengganu FC yang terdesak mencari gol penyamaan terus menggandakan asakan, akhirnya gol tercipta pada minit ke-48 melalui Faizal Halim.

48’ GOL | Faisal Abdul Halim menyamakan kedudukan buat Terengganu FC!

Aksi dalam 90 minit sebenar masa perlawanan tidak dapat di tentukan. Perlawanan diheret ke waktu tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1.

Perlawanan akan ditentukan dengan penentuan sepakan penalti setelah tamat 120 minit perlawanan. Setelah terikat dengan jaringan 1-1.

  • Terengganu 1 | 1 Selangor
  • Terengganu 1 | 0 Selangor
  • Terengganu 0 | 0 Selangor
  • Terengganu 1 | 1 Selangor
  • Terengganu 1 | – Selangor

Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 (Penentuan Penalti 4-2) kekal memihak Terengganu.

Menanti Terengganu di Final adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengesahkan tempat ke final Piala FA semalam selepas berpesta gol membenam Penang FC 6-1, pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim.

Final Piala FA 2022 antara Johor Darul Ta’zim menentang Terengganu FC

Jumpa di Final nanti… 🔴🔵⚫️⚪️

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: