Terengganu FC Menebus Kehampaan Setelah Gagal Menjulang Piala FA

Finalis Piala FA, Terengganu FC (TFC) membalas dendam kekalahan lalu selepas menang 3-0 ke atas Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini.

Pada aksi pusingan pertama di Stadium Bandaraya, Jun lalu, skuad kendalian Nafuzi Zain tewas 1-2 kepada skuad Harimau Kumbang itu.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan TFC mengumpul 32 mata hasil 18 perlawanan dan kekal di tangga keempat liga manakala Penang FC kekal menghuni tangga tercorot liga dengan tujuh mata.

TFC bermula garang dengan percubaan menerusi Manuel Ott pada minit ketujuh yang hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol skuad Harimau Kumbang.

Dua minit berselang, giliran kapten, Kipre Tchetche mendapat peluang keemasan untuk mencetak nama sebagai penjaring, namun rembatannya dalam kotak penalti dihalang pertahanan pelawat.

Walaupun hujan lebat melanda bermula minit ke-23, pemain tuan rumah tidak mengendurkan asakan berbekalkan sokongan padu hampir 4,000 peminat setia yang tidak berganjak dari tempat duduk penonton.

Usaha berterusan akhirnya berhasil pada minit ke-36 menerusi pemain sayap, Mohd Faisal Halim yang melakukan rembatan dari dalam penalti untuk mendahului 1-0.

Hasil hantaran silang Petrus Shitembi, Kipre melompat untuk menanduk bola ke dalam gawang untuk pasukannya mendahului 2-0.

Sedar kemenangan begitu penting buat pasukannya untuk memburu tempat ketiga liga musim ini, Nafuzi memasukkan dua tenaga baharu, Faiz Nasir dan Hakimi Abdullah bagi menggantikan Nik Sharif Haseefy dan Ott.

Sumber : HM

Pada minit ke-90, Kipre membuktikan sentuhan berbisanya apabila meledak gol ketiga pasukannya yang juga gol kedua peribadi untuk keputusan muktamad 3-0 memihak kepada TFC.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS18

Komen Anda?