Terengganu FC Layak Ke Separuh Akhir Piala FA 2022

Terengganu FC layak ke separuh akhir setelah mencatat kemenangan 4-1 ke atas Kuching City FC pada perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tadi.

Terengganu Fc yang berada dalam kumpulan Suku akhir 1 akan berhadapan pasukan suku akhir 4 Selangor FC sebagai pasukan Tuan Rumah.

Terengganu FC menang hasil jaringan Faiz Nasir, Tchetche Kipre (2 gol) dan Faisal Halim, manakala Amir Amri Salleh membalas untuk Kuching City FC.

Skuad Penyu yang mendominasi bermula awal permainan lagi mendapat gol pendahuluan menerusi jaringan pemain sayap lincah, Mohd Faiz Nasir pada minit ke-20.

20′ GOL | Faiz Nasir menyudahkan gerakan serangan yang menarik untuk membuka tirai jaringan di Terengganu.

pemain pertahanan, Muhammad Azam Azmi Murad di sebelah kiri pintu gol The Cats sebelum pemain paling rendah dalam padang itu melompat untuk menanduk masuk bola yang gagal diselamatkan penjaga gol berpengalaman itu.

Tersentak jaringan itu, skuad pelawat kendalian bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menggandakan asakan untuk memburu jaringan penyamaan menerusi gerakan penyerang kebangsaan Liberia, Abu Kamara.

Hasilnya pada minit ke-43, berpunca salah faham pertahanan tuan rumah, Argzim Redzovic dengan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim yang membiarkan bola tandukan Wan Mohamad Faiz Wan Sulaiman ke dalam kotak penalti dihukum pelawat apabila pemain gantian, Amir Amri Salleh mudah menyepak masuk bola untuk mengikat kedudukan 1-1 hingga tamat babak pertama.

43′ GOL | Amir Amri Salleh menyamakan kedudukan buat Kuching City FC!

Sedar Sherman yang dilantik sebagai kapten kurang berkesan di depan gawang, Nafuzi mengeluarkan pemain itu pada minit ke-60 dan menggantikan dengan penyerang kelahiran Ivory Coast, Kipre Tchetche serta pemain tengah, Zuasyraf Zulkiefle dan memasukkan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim.

Strategi itu menjadi apabila Tchetche hampir meledak gol menerusi larian solo pada minit ke-68, namun rembatan leretnya hanya sedikit sipi di sebelah kanan sekali gus terselamat pintu gol pelawat.

Berselang empat minit, penyerang berusia 35 tahun berketinggian 1.72 meter itu berjaya menggamatkan ribuan penonton yang hadir apabila berjaya meledak gol kedua pasukannya pada minit ke-72 menerusi tandukan hasil hantaran Petrus Shetembi.

73′ GOL | Tchetche Kipre kembali meletakkan Terengganu di depan!

Tchetche yang digelar ‘Drogba Ganu’ menambah derita pasukan pelawat apabila berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dan ketiga pasukannya pada minit ke-79 untuk mengukuhkan kedudukan 3-1.

79′ GOL | Tchetche Kipre meledak sekali lagi!

Ketika perlawanan sebenar berbaki tiga minit sebelum ditamatkan, pemain sayap lincah, Mohd Faisal Halim menamatkan saki baki perjuangan KCFC apabila berjaya meledak gol keempat pasukannya menerusi tendangan leret untuk keputusan muktamad 4-1 memihak kepada TFC.

87′ GOL | Faisal Halim melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk gol keempat Terengganu!

Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?