Terengganu FC, JDT Terikat Seri 1-1

Terengganu FC (TFC) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia seri 1-1 dengan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan JDT membawa pulang bekalan satu gol berharga untuk menjadi pasukan pilihan menjelang pusingan timbal balik, Jumaat ini.

Terengganu FC mendahului permainan hasil tandukan kemas Jordan Mintah seawal minit kelapan.

Kelebihan itu, bagaimanapun gagal dimanfaatkan tuan rumah yang mula hilang punca apabila sepakan Bergson Da Silva pada minit ke-11 terkena tiang sebelum percubaan susulan Gonzalo Cabrera tersasar ke tepi.

JDT terus mengasak hebat kubu tuan rumah dan peluang terbaik menjelma pada minit ke-41, namun peluang satu lawan satu gagal disudahkan Bergson untuk mengekalkan kedudukan 1-0 ke bilik persalinan.

Lima minit bersambung babak kedua, JDT menyamakan jaringan melalui Bergson yang lebih bijak menghukum kesilapan Sang Penyu dan mudah menewaskan Mohd. Suhaimi Husin.

Kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

JDT dalam buruan ke pentas akhir dalam Piala Malaysia hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini selepas mendapat kelebihan satu gol tempat lawan.

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEDUA TM PIALA MALAYSIA 2021

Pasukan Perubatan JDT Beri Bantuan Awal

Komen Anda?