Terengganu FC Dan Selangor FC Meneruskan Perjuangan Ke Separuh Akhir!

Terengganu FC berjaya menyingkirkan Kl City FC untuk mara ke separuh akhir manakala Aksi Di Paroi berakhir dengan keputusan Terikat tetapi Selangor FC berjaya meraih kemenangan menerusi agregat.

Terengganu FC (TFC) mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan juara bertahan, KL City FC 3-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini.

Kejayaan itu membolehkan Gergasi Pantai Timur menang dengan agregat 4-1 dan membuat perhitungan dengan Selangor FC di peringkat separuh akhir.

Selangor FC melangkah ke separuh akhir selepas seri 2-2 menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Skuad Red Giants mara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 2-0 pada aksi suku akhir pertama Ahad lalu sekali gus akan membuat perhitungan menentang Terengganu FC di separuh akhir.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?