Terengganu FC Berdepan Selangor FC Untuk Aksi Separuh Akhir Piala FA 2022

ROAD TO FINAL!

Terengganu FC πŸ†š Selangor FC
Johor Darul Ta’zim πŸ†š Penang FC

Nantikan jadual tarikh rasmi!

*Tiada aksi timbal balik.

Pasukan manakah yang akan bertemu di gelanggang akhir?

Penyu bergaya tumpaskan Kuching City

Terengganu FC (TFC) menepati sasaran mara ke separuh akhir Piala FA selepas membenam Kuching City 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad Penyu menempah pertemuan dengan Selangor FC yang terlebih dulu mara dengan menumpaskan Sabah 2-0.

Terengganu FC menang hasil jaringan Faiz Nasir, Tchetche Kipre (2 gol) dan Faisal Halim, manakala Amir Amri Salleh membalas untuk Kuching City FC.

Selangor melangkah ke separuh akhir Piala FA

Selangor FC mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir Piala FA selepas menumbangkan Sabah FC, 2-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Hadir dengan prestasi kurang konsisten dalam saingan Liga Super, anak didik Michael Feichtenbeiner tampil dengan aksi menyakinkan di pentas suku akhir untuk menghampakan penyokong The Rhinos.

Selangor FC menempah tiket ke separuh akhir Piala FA menerusi jaringan Hyuri (minit pertama) dan Caion (minit ke-81).

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?