Terdengar Bunyi Penggera Kereta, Nasib Pasang “Steering Lock”

Assalamualaikum, alhamdulillah baru je sampai Spore, nak share sikit pengalaman ngeri di KSL HOTEL JB, semalam park kereta di level 3, actually bila sampai je, rasa macam tak sedap hati..

Tadi check out jam 12 tengahari gitu, terdengar bunyi alarm kereta, rupa²nya kereta kita yang bunyi..!

Signal lights kiri kanan dicuri, terpikir jugak, tak kan lampu cam tu pun nak curi, rupa²nya dari situ, Pencuri boleh bukak kereta kita!!

True enough!! Nasib baik ada *STEERING LOCK*!! Tak dapat curi kereta..

Tetapi drawer, barang² dapur pun jadi lah diorang curi..!!

Nasib baik kuih ondeh² ku tak dicuri

Apa² pun syukur pada Allah taala, takde pape..

Ni just nak share², incase kalo you all bermalam di sana, tolong pasang Steering Lock ya..

Saya share sebab semalam nampak kereta Spore banyak disana, Semoga kita semua didalam lindunganNya, ameen3

Sumber : Aedah Yusof

Komen Anda?