Terbaik, Uncle Hero Bantu Permudahkan Urusan Seorang Wanita Hentak Bersalin

Ini πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia. Perbezaan kita hormati. Kepelbagaian kita raikan.

Hari ini hari bermakna bagi rakan-rakan yang beragama Hindu. Kita yang lain tumpang gembira.

Ini buktinya rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu dan tolong-menolong tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila melihat satu hantaran di Facebook yang memaparkan seorang wanita bersalin di dalam sebuah kenderaan berdekatan sebuah kuil di Batu Caves pagi tadi.

Menerusi hantaran yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai LK Savantharaja, ketika kejadian dia ke kuil berkenaan untuk sembahyang.

Saya datang sembahyang di kuil Batu Caves pagi tadi. Ternampak sorang wanita jerit minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta.

Saya & beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa baby selamat dilahirkan, saya bagitau ”KAKAK YOU AND YOUR BABY ARE BLESSED”. Rasa gembira dia selamat timang baby girl.

Ambulans pun terus sampai lepas baby keluar. Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada baby tu untuk kenangan 😊

Sumber : FB LK Savantharaja

“Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa sekali gus menyemai sifat keterangkuman dan kebersamaan antara Keluarga Malaysia,”

Selamat menyambut Hari Thaipusam.

Cuti umum hari ini sempena Hari Thaipusam, tidak tahu nak bawa si kecil anda untuk bersantai? Apa kata anda bawa mereka datang berkunjung ke taman arnab yang terletak di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Komen Anda?