Terbaik!!, Pemandu Bas Rapid KL Membantu Penunggang Motosikal

Bukan setakat memuji, malah warganet turut meminta jasa baik pihak pengurusan Rapid KL supaya tidak mengambil tindakan terhadap pemandu bas berkenaan.

Hrni first time aku tgk pemandu bus My Rapid KL tolong sorg brother ni kebasahan motor rosak. Motor dalam bus. Situasi lepas tol sunway, hujan lebat. Terbaiklah abg bus #sinarkongsi

Kredit: twitter fiezapinky

Terima kasih pakcikkk sbb pakcik mudahkan urusan orang lain. .semoga Allah SWT murahkan rezeki pakcik dan dpermudahkan segala urusan. .jadi kan contoh dan tauladan buat kita semua?. .

‘Kapten bas… inilah contoh terbaik’

TINDAKAN pemandu bas Rapid KL membantu penunggang motosikal yang dalam keadaan basah kuyup mendapat pujian warganet selepas video berkenaan dimuat naik seorang pengguna Twitter, hari ini.

Bukan setakat memuji, malah warganet turut meminta jasa baik pihak pengurusan Rapid KL supaya tidak mengambil tindakan terhadap pemandu bas berkenaan.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, pemandu dikenali dengan nama Sharifudin dilihat mempelawa penunggang terbabit menaiki bas dengan membawa motosikalnya.

Berdasarkan ciapan dimuat naik pengguna Twitter dikenali fieza pinky, kejadian itu berlaku berhampiran Plaza Tol Sunway, Petaling Jaya, Selangor ketika hujan lebat.

Menerusi ciapan sama, fieza pinky berkata, pemandu terbabit menawarkan bantuan kerana simpati melihat keadaan penunggang yang basah kuyup dan pada masa sama berdepan masalah selepas motosikalnya rosak.

Lebih membuatkannya tersentuh apabila pemandu bas berkenaan tidak meminta bayaran selepas menghantar penunggang motosikal di hadapan sebuah bengkel.

“Hari ini, pertama kali aku tengok pemandu bas @MyRapidKL tolong seorang abang ini kebasahan motor (motosikal) rosak. Motor dalam bas. Situasi lepas Tol Sunway, hujan lebat. Terbaiklah abang bas.

“Ketika sampai di lokasi, abang bas berhentikan betul-betul depan kedai motosikal tanpa meminta sebarang bayaran. @MyRapidKL, kalau tak silap saya namanya Sharifuddin,” tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu, salah seorang pengguna Twitter , Mas Hezrin berharap pengurusan syarikat memberi penghargaan kepada pemandu bas berkenaan atas sikap positif yang ditunjukkan.

“Sila berikan penghargaan kepada pak cik (pemandu bas). Jangan hukum dia pula walaupun dia telah melanggar SOP.

“Yang penting dia bantu orang dalam kesusahan. Patut diberi penghargaan sebagai pemandu terbaik tahun ini. Setuju tak semua?” tulisnya.

Dalam pada itu, Ask Rapid KL menerusi ciapan balas di Twitter berterima kasih kepada warganet yang memberi pujian kepada pemandu bas berkenaan.

Menerusi ciapan sama, Ask Rapid KL turut meminta kerjasama warganet untuk terus berkongsi kisah menarik mengenai pemandu bas pada masa akan datang.

“Terima kasih di atas pujian kepada kapten bas kami. Kapten bas Rapid KL dilatih untuk sentiasa menjaga keselamatan dan memberi layanan yang terbaik kepada penumpang dan orang awam dalam situasi jalan yang dinaiki air banjir dan boleh membahayakan.

“Walaupun ini bukan amalan kami, kami sentiasa menyokong kapten bas untuk membuat amalan yang baik ‘good deeds’ kepada orang awam. Inikan budaya Malaysia? Terima kasih kerana berkongsikan cerita yang hebat ini.

“Teruskan berkongsi dengan kami mengenai cerita-cerita kapten bas Rapid KL yang hebat-hebat ini nanti,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Trbaik la pmandu bas tu,semoga allah murahkan rezeki dia,

Ya Allah kau berilah ganjaran dan balasan yg setimpal untuk pakcik driver bas yg membantu insan yg dlm kesusahan itu dan semoga urusan abg motor itu dipermudahkan..in sha Allah.. Aamin.. dan x lupa jugak buat insan yg sempat merakam detik2 yg x di sangka ini .. moga semuanya dlm sejahtera hendaknya

Komen Anda?