Terbaik!! Nak Dekat 4 Minggu Pun Keluarga Iskandar The Movie Still Nombor 1?

Siapa yang tak kenal Keluarga Iskandar? Boleh dikatakan ia antara drama komedi paling popular.

Biarpun telah ditayangkan sejak 16 Julai lalu, Keluarga Iskandar The Movie (KITM) terus mengungguli carta Astro First apabila kekal di kedudukan pertama.

Hampir empat minggu di Astro First, tempoh ini bukanlah mudah untuk dikekalkan tambahan pula buat filem tempatan.

Perkara itu turut dikongsi menerusi satu posting di Instagram Astro Shaw, baru-baru ini.

Posting Astro Show Sdn Bhd di FB pada 8 Ogos 2020 ⬇️

#KeluargaIskandarTheMovie masih lagi di tangga teratas Carta gaiss! Korang dah tengok belum? Kalau belum jom harini…

تم النشر بواسطة ‏‎Astro Shaw Sdn Bhd‎‏ في السبت، ٨ أغسطس ٢٠٢٠

KeluargaIskandarTheMovie masih lagi di tangga teratas Carta gaiss! Korang dah tengok belum? Kalau belum jom harini boleh tonton okay!

KITM ditayangkan terus ke pawagam rumah, Astro First menerusi saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton karya berkenaan selama 48 jam (dua hari) secara berulang-ulang. Layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw untuk maklumat lanjut.

Komen Anda?