Terasa Kasihan Bila Tengok Polis Tentera Yang Saat Ini Bergabung Bersama Menjaga Negara

Terasa kasihan bila tengok polis tentera yang saat ini bergabung bersama menjaga negara. Seharian tadi saya beli McDonald bawakan untuk mereka. Syukur pada Allah. Sungguh-sungguh mereka jaga semua jalan seluruh kl dan Malaysia. Ada yang penat letih. Tadi saya ke 12 tempat roadblock. Bawakan makanan untuk mereka. Ada beberapa tempat kata. Allahu sedapnya ustaz. Jika hari-hari bestnya ustaz. Ya Allah..

Saya hadir pakai mask ramai tak kenal sangat mulanya. Tapi syukur tadi boss trafik kl tolong bawa ke semua tempat mereka bertugas. Ya Allah bila senyuman mereka dan ramai ajak selfie. Selalu tengok ustaz. Biasa bulat sikit kan. Suka dengar ceramah ustaz. Kurus yer ustaz. Terima kaseh Asp Agus JsptKl, asp juliana, asp shida mudahkan urusan tadi.

Ya Allah happy rasa dapat memberi sedikit kata semangat dan tumpang pahala dan kebaikan mereka. Adik McD tadi memang baik sangat. Terima kaseh adik McD Gombak. Semua membantu tolong saya masukkan dalam kereta dan saya hadiahkan mereka buku doa.

Saudaraku duduklah dirumah. Jangan susahkan tugas mereka. Penat ada yang melawan kadang kesana sini. Panjang jalan jem. Mudahkanlah abang polis dan tentera kita ini. Yang keluar jangan bawa laju-laju. Bahaya untuk mereka. Terimalah ya Allah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah

Doakan banyak hospital perlukan banyak barang keperluan lagi. Mask dah order lagi 20ribu, sanitizer, glove, thermometer,portable aircond, khemah,dan keperluan lain.

Siapa ingin infak
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
8603546376 CIMB

Terasa kasihan bila tengok polis tentera yang saat ini bergabung bersama menjaga negara. Seharian tadi saya beli…

Posted by Ebit Lew on Ahad, 22 Mac 2020

Komen Anda?