Tengok Ustaz Pun Dah Rasa Tenang, Ebit Lew Bantu Mangsa Banjir

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila sanggup ‘turun padang’ membantu mangsa banjir. Perkara itu dikongsi Ebit menerusi satu posting di Facebooknya.

Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari kl.Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

Kami bawa 1000 Tshirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai. Paling sayu tengok sekolah,balai polis, surau, kuil, kereta, motor, tnb, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung jer. Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk.

Syukur dapat beri bantuan di 3 Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa.

Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi.

Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah.

Ya Allah selamatkanlah Negeri Pahang,Johor, dan semua negeri yang banjir-ebitlew

Amin🤲

Sumber : Ebit Lew

Komen Anda?