Temujanji Stadium Sultan Ibrahim Esok

Hari esok adalah hari bersejarah untuk negeri Johor. Hari esok adalah hari dimana seluruh bangsa Johor perlu berbangga. Hari esok adalah hari anda semua patut luangkan sedikit masa. Hari esok adalah hari yang anda semua perlu ketepikan sebentar tugas harian. Hari esok adalah hari yang anda bangun tidur dengan senyuman. Hari esok adalah hari seluruh dunia memerhatikan Johor.

Kita semua masih disajikan dengan gambar-gambar Stadium Sultan Ibrahim sehingga hari ini. Daripada luaran stadium, dalaman stadium, bilik VIP, bilik korporat, bilik persalinan pemain dan juga fasiliti canggih sekitar kawasan stadium. Serba serbi lengkap. Sebagai seorang peminat bolasepak, sekilas pandang apa yang dipersembahkan, akan terpacul perkataan ‘Wow’. Terpesona, kagum, teruja, jakon, dan yang paling penting adalah tidak sabar untuk menunggu hari esok.

Wahai penyokong Johor, ini adalah tugas anda. Sebarkan kepada seluruh dunia bahawa hari esok adalah hari bersejarah untuk negeri Johor. Canangkan kepada seluruh dunia, hari esok adalah hari perasmian Stadium Sultan Ibrahim. Beritahu semua bahawa negeri Johor punya sebuah stadium bolasepak yang bertaraf dunia. Kita semua patut berbangga. Berbangga lah bangsa Johor.

Nantikan kejutan demi kejutan oleh kelab bolasepak JDT. Luangkan masa anda untuk hari perasmian Stadium Sultan Ibrahim esok. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda yang hadir. Hari esok adalah hari untuk anda semua. Johor akan sentiasa tampil berlainan.

“Anda adalah hasil dari apa yang anda putuskan. Cabar diri anda tetapi kekal bersyukur. Sayangi kehidupan anda, dan ia akan memberikan pulangan yang baik. Selamat menikmati hari yang indah buat anda semua” – DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja

Jumpa anda semua di Stadium Sultan Ibrahim esok. 😊

Sumber : Farhan Khair Photo By JST

 60 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?