fbpx

Tapir Berkeliaran Waktu Sahur Di Ulu Duyong Jasin Cari Makanan

Tapir cari makan

TAPIR yang dirakam memasuki pekarangan sebuah rumah di Ulu Duyong di Melaka, awal pagi tadi dipercayai keluar dari habitatnya untuk mencari makanan.

Haiwan dengan nama saintifiknya Tapirus Indicus itu dikatakan tersesat dan memasuki pekarangan rumah penduduk berkenaan kira-kira 3 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka Mohd Hasdi Husin berkata, laporan mengenai kehadiran tapir itu diterima pihaknya daripada seorang penduduk kampung.

“Tapir berkenaan dipercayai keluar untuk mencari makanan kerana haiwan liar ini aktif pada waktu malam.

“Anggota sudah ke lokasi tetapi haiwan itu sudah tiada dan dipercayai masuk semula ke kawasan hutan berhampiran,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sekiranya dalam masa terdekat ini pihaknya masih menerima laporan serta terdapat gangguan daripada haiwan berkenaan, tindakan memasang perangkap akan dibuat.

“Dalam tempoh sehari dua ini kita akan melakukan pemantauan, jika masih terdapat laporan perangkap akan dipasang.

“Sehingga kini, hanya dua laporan diterima PERHILITAN iaitu dua hari lepas di Krubong dan hari ini di Ulu Duyong, manakala tahun lepas pula diterima di Lendu serta Ayer Paabas di Alor Gajah,” katanya.

Mohd Hasdi berkata, tapir yang dilihat berkeliaran di Krubong dan masuk ke pekarangan rumah awal pagi tadi adalah dua haiwan berlainan.

Menurutnya, berdasarkan jarak antara Krubong ke Ulu Duyong iaitu kira-kira 20 kilometer adalah mustahil untuk haiwan berkenaan berjalan sejauh itu dalam tempoh dua hari.

“Sekiranya penduduk atau orang awam ada terserempak dengan tapir di kawasan tempat tinggal boleh menghubungi PERHILITAN dengan segera dan dinasihatkan agar tidak bertindak atau mengapa-apakan haiwan terbabit,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Haiwan dengan nama saintifiknya Tapirus Indicus itu dikatakan tersesat dan memasuki pekarangan rumah penduduk berkenaan kira-kira 3 pagi.

Sehari Sebelum itu di jumpai di Krubong Jaya

Seekor tapir dirakam tersesat di lebuh raya di Krubong Jaya, Melaka selepas dipercayai meninggalkan habitatnya untuk mencari makanan awal pagi tadi.

Video berdurasi 29 saat itu dirakamkan oleh orang ramai yang terkejut dengan kemunculan haiwan tersebut dan turut tular dalam laman sosial Facebook.

Video:-

Komen Anda?
Related Post
Seekor Tapir Malaya Betina Ditemui M4ti Di Batu 20, Jalan Kota Tinggi-Mersing

Bangkai Tapir Malaya ditemui di tepi jalan JOHOR BAHRU: Seekor Tapir Malaya betina ditemui mati Read more

Banyak Betul Haiwan Sesat Baru-Baru Nie, Memang Musim Eh

Hari Ni, 23 Julai 2019, Terima Kes Tapir Tersesat memasuki kawasan Tmn Lavender Heights, Jln Read more

“Inaugural flight” Malindo Air OD1350 Dari Negeri Melaka Ke Langkawi & Kota Bharu

“Inaugural flight” Malindo Air OD1350 dari Negeri Melaka, Bandar Bersejarah ke Pulau Langkawi merupakan satu Read more

Penerbangan Malindo Air Dari Melaka Ke Langkawi & Kota Bharu Serendah RM59

Lembaran baru buat Melaka. Penerbangan terus Malindo Air ke dua destinasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Read more