Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World Dibuka

JOM CUTI SEKOLAH KITA ENJOY BERSAMA ANAK2!!!

Angry Birds Splash Water World pertama di dunia kat Setia Ecohill Welcome Cente, Semenyih dari 22 November 2019 dan berakhir pada 5 Januari 2020. Hanya 1,500 tiket dijual setiap hari untuk memastikan kelancaran aktiviti…
Taman Tema Mudah Alih dan ada pelbagai permainan sukan air dan Slides akan disediakan, paling best ada slide setinggi 12 meter selain daripada aktiviti2 menghiburkan untuk kanak2 dan dewasa, ada giant pool, ada Entertainment, show event dan concert, maskot2 Angry Birds, kedai menjual produk2 exclusive Angry Birds dll..macam2 ada gais..
Budak kecikpun boleh main dengan pistol air bersama2 dengan Character Angry Birds..

Dah bukak dah pun…entrance fee pun murah gais…jomlah wei!!!

Angry Birds Splash Water World
Lokasi : Kelab 360, Setia EcoHill Welcome Centre, Semenyih
Tarikh : 22 Nov 2019 – 5 Jan 2020
(Tutup Isnin, Selasa, Rabu & Khamis kecuali Cuti umum, Krismas & New Year)
Waktu : 9.00 am – 6.00 pm
Nak beli tiket boleh refer : https://www.ticket2u.com.my/event/15739

SEMENYIH: : Sempena musim cuti sekolah orang ramai berpeluang mengalami pengalaman percutian yang menyeronokkan bersama keluarga dengan berkunjung ke Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World di Setia Ecohill, di sini.

Angry Birds yang bermula dengan permainan video yang dibangunkan oleh Rovio Entertainment Corp dan kemudiannya berkembang ke pelbagai skop hiburan dan barangan pengguna.

Taman tema air seluas satu hektar itu akan dibuka secara rasminya kepada orang ramai bermula hari ini selama dua bulan dan juga tarikh tertentu seperti hujung minggu dan cuti umum.

Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn Bhd yang juga penganjur, Alvin Lee berkata hanya 2,000 tiket sahaja yang diperuntukkan kepada orang ramai setiap hari bagi memastikan operasi berjalan lancar dan pengalaman yang berkualiti kepada pengunjung.

Beliau berkata karakter yang digemari ramai di dalam francais permainan Angry Birds seperti Red, Chuck, Bomb, Terrence, dan Mighty Eagle akan berada di taman tema itu.

Antara tarikan utama di taman tema air itu adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan karakter Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle, Terence dan antara gelongsor tertinggi adalah gelongsor berketinggian 12 meter yang pasti memberikan keseronokan berganda kepada para pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, butiran tiket dan pembelian, sila lawati laman web Ticket2U (ticket2u.com.my).

— BERNAMA

Facebook Comments