Pemergian Legenda Bola Sepak Tanah Air

Pemergian legenda bola sepak tanah air, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh, bukan saja mengejutkan dunia sukan tetapi seluruh negara.

Bekas pemain kebangsaan yang juga penganalisis bolasepak terkenal, Serbegeth Singh @ Shebby meninggal dunia hari ini, pada usianya 61 tahun kerana serangan jantung ketika sedang berbasikal.

Menurut sumber Astro Awani, mendiang yang berusia 61 tahun difahamkan mengalami sesak nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal bersama rakan-rakanya petang tadi.

Mendiang yang lebih mesra dikenali sebagai Shebby sebelum ini pernah bergelar jurulatih pasukan MyTeam dan Telekom Melaka selain menjadi penasihat global Blackburn Rovers serta penasihat teknikal JDT.

Selepas tidak lagi menjadi pemain, beliau juga popular sebagai pengacara sukan dan pengulas bola sepak. Sudah tentu kita akan mengenangnya.

Jasanya dalam pembangunan bola sepak negara akan dikenang sampai bila-bila.

Saya ucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Shebby dan semoga tabah menghadapi kehilangan itu.

14 Jan 2022, Jasad bekas pemain bola sepak kebangsaan Serbegeth Singh atau Shebby Singh, dibawa ke Loke Yew Crematorium, Kuala Lumpur sambil diiringi ahli keluarga.

Ahli keluarga menatap kali terakhir potret bekas pemain bola sepak kebangsaan Serbegeth Singh atau Shebby, sebagai penghormatan terakhir kepada jasad mendiang yang kini dibawa ke Loke Yew Crematorium, Kuala Lumpur.

Kredit : Nur Fatin Mohmad Kadenen & Nurul Fatiha Kamaruddin / @bernamaofficial

Komen Anda?