Tahun Penuh Bermakna Buat Bolasepak Malaysia

Sudah menjadi kebiasaan bahawa sukan mampu menyatukan rakyat Malaysia apabila kita mengetepikan jurang perbezaan dan bersatu memberi sokongan padu kepada pasukan yang berjuang demi negara di arena sukan antarabangsa.

Dalam bola sepak, kejayaan tidak datang bergolek. Setiap daripadanya adalah hasil dari kerja keras dan perancangan yang tersusun untuk membentuk skuad yang mampu memberikan saingan dan seterusnya menjulang kejuaraan yang diimpikan.

Tahun 2022 menjadi satu tahun yang amat bermakna memperlihatkan kebangkitan semula bola sepak negara di mata dunia, secara hakikatnya kualiti dan mutu bola sepak negara kian meningkat. Terkini 4 Pencapaian yang harus dibanggakan Bagi Negara Dan Kelab2 bolasepak Malaysia.

  • Malaysia layak ke Piala Asia 2023 ✅
  • JDT layak ke pusingan kalah mati AFC Champions League ✅
  • KL City layak ke pusingan kalah mati Piala AFC 2022 ✅
  • Kedah DA layak ke pusingan kalah mati Piala AFC 2022 ✅

Malaysia layak ke Piala Asia 2023

Penantian untuk melihat Malaysia beraksi di pentas kejohanan berprestij bola sepak Asia akhirnya tercapai selepas pasukan negara Berjaya melayakkan diri secara merit selepas menumpaskan pasukan Bangladesh dengan 4 gol berbalas 1.

Penantian penuh menyeksakan itu ternokhtah selepas Malaysia meraih salah satu daripada lima slot naib juara terbaik, sekali gus bakal berentap bersama 23 pasukan terbaik benua ini yang difahamkan bakal berlangsung sama ada di Qatar, Korea Selatan atau Australia, pada pertengahan tahun depan.

Untuk rekod, kali terakhir skuad negara beraksi di pentas tertinggi itu adalah pada 1980 di Kuwait selepas melepasi peringkat kelayakan secara merit, meskipun 2007 pernah berentap atas tiket tuan rumah kejohanan bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.

JDT layak ke pusingan kalah mati AFC Champions League

JDT mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 selepas menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Tempohari.

Kemenangan itu bukan saja bersejarah, malah ia dilakukan dengan cukup bergaya apabila muncul juara kumpulan selepas menghimpun 13 mata daripada enam aksi, sementara Kawasaki Frontale di tangga kedua di belakang JDT.

“Terbukti dengan kerja keras serta perancangan yang baik seperti diusahakan oleh Pemangku Raja Johor , Tunku Ismail Ibrahim, semuanya membuahkan hasil yang amat membanggakan.”

KL City layak ke pusingan kalah mati Piala AFC 2022

Dua wakil negara, Kuala Lumpur (KL) City FC dan Kedah Darul Aman FC masing-masing berjaya meraih tiket ke separuh akhir saingan Piala AFC bagi zon ASEAN dengan cara tersendiri.

Kejayaan KL City berpunca hasil kemenangan 2-1 ke atas Tampines Rovers dari Singapura pada aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Kemenangan itu gagal membolehkan The City Boysmuncul juara Kumpulan H apabila dibezakan dengan perbezaan jaringan yang dimiliki kelab Indonesia, PSM Makassar.

Kedah DA layak ke pusingan kalah mati Piala AFC 2022

Turut diiringi Kedah yang berpesta gol membelasah Visakha 5-1 pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Kapten I Wayan Dipta di Bali, Indonesia sebentar tadi.

Kini, Kedah akan beraksi sebagai pasukan pelawat menentang PSM Makassar pada 9 Ogos, manakala kelab Vietnam, Viettel FC pula menanti kunjungan KL City (10 Ogos) di peringkat separuh akhir zon ASEAN.

Tahniah Malaysia, JDT, KL City & KDA FC! Kejayaan ini bukan sahaja mampu menaikkan moral pemain untuk mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat tertinggi tetapi diharap menjadi contoh terbaik kepada bola sepak negara.

“Kejayaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap permainan, kualiti dan mutu bola sepak negara seiring untuk bersaing dengan kelab dari kuasa besar bola sepak Asia,”

Ini merupakan satu isyarat jelas bahawa bola sepak perlu diuruskan oleh mereka yang benar-benar menjiwai, mahir serta faham tentang selok belok dan sepak terajang dalam dunia bola sepak.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: