Tahukah Anda Nama Penuh RAJA MUDA JOHOR?

Tahukah anda nama penuh RAJA MUDA JOHOR?

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik cucunda baginda, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail iaitu putera sulung Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail, sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60, di Istana Besar pada 22 November 2018 yang lalu.

“Sebagaimana hak dan kuasa yang termaktub di dalam Fasal 23 Bahagian Pertama dan Fasal 7(2E) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, maka saya sebagai Raja dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja, berkenan melantik, menjadikan dan menggelar Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.

“Oleh itu, mulai dari saat ini, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail adalah waris kedua kepada takhta pemerintahan kerajaan Johor iaitu orang yang menyusul kemudian daripada waris,” titah baginda.

#DaulatTuanku

Sumber : Gerakan Muafakat

Komen Anda?