Tahniah Tunku Panglima Johor Dan Johor Racing!

Tahniah Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim,

Photo by Johor Racing

Putera Jefri harumkan nama Malaysia

KUALA LUMPUR: Hanya pada permulaan keduanya di Cabaran Dunia Fanatec GT Australia, Putera Jefri Ibrahim meraih kejuaraan pada Perlumbaan Satu di litar ikon Mount Panorama, Bathurst, New South Wales.

Dengan kejayaan itu, Putera Jefri menjadi pelumba pertama dari Malaysia menjuarai siri sulung itu selepas muncul juga sebagai satu-satunya pelumba dari Asia yang bertanding.

“Saya hilang kata-kata, saya tidak mempercayainya. Shane adalah Raja Gunung dan dia membuktikan kemampuannya hari ini walaupun berdepan masalah bahu. Pemanduan yang hebat daripadanya.

“Saya hanya fokus pada apa yang perlu saya lakukan hari ini iaitu menjaga jentera dan jadi sepantas mungkin,” kata Putera Jefri.

Bermula di P8, Putera Jefri mengekalkan posisinya dan juga merekod masa terpantas dalam sektor pertama dalam kalangan pelumba amatur.

“Litar ini agak mencabar khususnya kepada Putera Jefri yang bersaing buat kali pertama dalam pertandingan ini.

“Cara dia menyelit dan menjadi bertambah pantas sangat mengagumkan. Bagus apabila dia memenangi perlumbaan di sini,” kata Shane Van Gisbergen. -BH

Amazing weekend for football and racing from Johor. Congrats.

 72 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?