Tahniah Safawi Rasid Berjaya Memenangi Undian Gol Lencongan Terbaik ACL

Ledakan menarik penyerang Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng tahun lalu mendapat undian tertinggi sebagai gol lencongan terbaik sepanjang AFC Champions League.

Berdasarkan undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), gol Safawi menerima undian sebanyak 50 peratus daripada 159,502 pengundi sekaligus menewaskan empat calon lain.

• Safawi Rasid (JDT 🇲🇾) – 50%
• Mame Thiam (Esteghlal 🇮🇷) – 48%
• Nam Tae-hee (Al-Duhail 🇶🇦) – 1%
• Oscar (Shanghai SIPG 🇨🇳) – 1%
• Serginho (Kashima Antlers 🇯🇵) – 1%

Safawi menerima tentangan hebat daripada pemain kelab Iran, Esteghlal iaitu Mame Thiam yang menerima 48 peratus undian sekaligus menduduki tangga kedua.

Tiga lagi calon iaitu bekas bintang Chelsea, Oscar (Shanghai SIPG), Nam Tae-hee (Lekhwiya) dan Serginho yang beraksi bersama Kashima Antlers masing-masing hanya menerima satu peratus undian.

Komen Anda?