Tahniah Pulau Pinang juara Liga Premier 2020!

🎉 Tahniah Pulau Pinang juara Liga Premier 2020! 🏆

Pulau Pinang bergelar juara Liga Premier 2020 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk mengutip 26 mata keseluruhan selepas 11 perlawanan.

Skuad Harimau Kumbang itu juga melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Liga Premier buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Liga Malaysia walaupun tewas 0-1 kepada Terengganu FC II.

Majlis penyerahan trofi Liga Premier yang diadakan sejurus perlawanan itu berakhir turut disaksikan oleh ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), Marzuki Sulong, Exco Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee dan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Dr. Amar Pritpal Abdullah yang turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab. Ghani Hassan.

Sumber : MFL

UPACARA PENYAMPAIAN MEDAL DAN TROFI JUARA LIGA PREMIER 2020