Tahniah, Kalungan Pingat Gangsa Badminton Negara

Pingat pertama Malaysia! 🇲🇾 Congratulation boys! Terima kasih Aaron Chia & Soh Wooi Yik atas usaha anda berdua membawa nama Malaysia di pentas dunia! Demi Malaysia!! 🇲🇾

Tokyo2020 #DemiMalaysia #Olympics #SukanOlimpik

KALUNGAN PINGAT GANGSA BADMINTON NEGARA DI OLIMPIK TOKYO 2020

Tahniah Aaron dan Wooi Yik atas kalungan pingat gangsa selepas menewaskan pasangan ranking ke-2 dunia dari Indonesia dalam perlawanan bronze medal match mereka di temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.

Alhamdulillah. Rezeki hari kesembilan temasya ini akhirnya menghadirkan pingat pertama buat negara.

Walaupun tidak berjaya mempertahankan pingat perak yang dimenangi oleh pasangan Goh V Shem – Tan Wee Keong di Rio 2016, namun kesungguhan Aaron – Wooi Yik cukup membanggakan.

Saya dapat lihat tadi kesungguhan Aaron dan Wooi Yik dengan aksi persembahan yang cukup bertenaga. Saya tahu bukan mudah untuk berhadapan dengan lawan yang berpengalaman lebih-lebih lagi ini merupakan penampilan pertama pasangan beregu negara ini ke Olimpik.

Pastinya seluruh rakyat Malaysia bergembira dan berbangga dengan kejayaan ini. Congratulations Aaron – Wooi Yik!

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Coach Flandy, Pengarah Kejurulatihan Choong Hann dan BAM yang telah berjaya mengasuh pasangan beregu ini hingga ke tahap ini. Ini juga hasil kerja keras semua pihak yang bersama-sama menjadikan impian Olimpik ini satu kenyataan.

Teruskan usaha. Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar untuk mencipta lebih banyak kegemilangan #DemiMalaysia.

Kita juga doakan kejayaan buat barisan atlet negara yang masih meneruskan perjuangan di Olimpik ini. Insya Allah. Sumber : YB Reezal Merican

Photo by FB Reezal Merican
Komen Anda?