Tahniah Johor Rugby Menjuarai Kejohanan Rugby Harps 2022

Tahniah Johor Rugby menjuarai Kejohanan Rugby Harps 2022 selepas berjaya menumpaskan Negeri Sembilan dalam aksi final petang tadi.

Johor berjaya mengatasi Negeri Sembilan dengan 16-3!!!!! Luaskan Kuasamu Johor!!!

“ We Are The Champions “

Tahniah diucapkan kepada pasukan U19 Johor yang diketuai oleh Tuan Fizwan Dato’ Abd Rashid selaku pengurus pasukan serta barisan kejurulatihan yang terlibat yang berjaya merangkul kejuaraan edisi pertama HARPS Mens U19 Championship 2022.

Kepada barisan pemain yang dibarisi rata-rata bekas pelajar Sekolah di negeri Johor antaranya Maktab Sultan Abu Bakar, SSN Tun Hussein Onn, SMK Seri Mersing, SMK Tinggi Batu Pahat, SSTMI dan beberapa sekolah yang telah mencungkil bakat pemain ini. Program kolaberasi bersama Jabatan Pelajaran Negeri Johor juga adalah antara kunci kejayaan pasukan ini selain program sekolah ragbi JRU ilham Dato Presiden, Dato’ Mohd Noorazam bin Dato’ Hj Osman di SSN Tun Hussien Onn, Kluang sekitar 5 tahun yang lepas.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan penaja yang telah menaja pasukan untuk esidi kali ini. Kejayaan ini adalah milik seluruh warga ragbi negeri Johor yang mendoakan serta memberi sokongan kepada pasukan U19 Johor. Tahniah kepada semua kerana ini adalah kejayaan melalui program akar umbi serta pelapis pasukan ragbi negeri Johor.
…Allah Berkati Johor…We Are Different…

Sumber : Johor Rugby Union

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?