PASUKAN Johor Jewels memastikan kejuaraan Netball Super League 2022 menjadi milik mereka apabila membenam cabaran Kuala Lumpur (KL) Wildcats 50-40 pada perlawanan akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.
Moment-moment Juara!!!🔵🔴💎
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 26, 2022
Wisel penamat menjadikan Johor Jewels juara buat kali pertama dalam edisi Sooka NSL 2022 kali ini!#RuleTheCourt #SookaNSL2022 pic.twitter.com/K5Oyjc0hBi
Ia terbukti apabila anak-anak buah Fazira Mesnan itu memegang sepenuhnya suku masa pertama permainan dengan perbezaan mata yang sangat jauh 17-8.
Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan ketua jurulatih KL Wildcats, Norizan Rajab terpaksa mengubah taktikal bagi menghalang goal shooter berbisa Johor Jewels, An Najwa Azizan terus mendominasi di kawasan D mereka.
Percaturan itu membawa hasil apabila KL Wildcats berjaya merapatkan jurang kepada sembilan jaringan di suku masa kedua sebelum menamatkan suku ketiga dengan keputusan 34-39 sekali gus kembali membuka peluang buat mereka.
Bagaimanapun, pengalaman dan kekuatan dimiliki barisan pemain Johor Jewels yang boleh dikatakan lengkap di setiap posisi menjadi perbezaan utama dengan KL Wildcats dalam suku terakhir permainan.
Biarpun KL Wildcats berjaya memberikan tentangan sengit, namun kemenangan tetap menjadi milik Johor Jewels menerusi jaringan demi jaringan dihasilkan An Najwa untuk menamatkan aksi dengan keputusan 50-40.
Tahniah Johor Jewels
Isteri Pemangku Raja Johor dan juga Penaung Di Raja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam (kanan) mencemar duli hadir menyaksikan aksi final #SookaNetballSuperLeague (#NSL) 2022 antara Johor Jewels dan KL Wildcats di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pertemuan penentuan ketiga-keempat, Selangor Angles dinobatkan sebagai top 3, kejohanan Sooka NSL 2022 setelah berjaya menumpaskan Pahang Tulips!
Inilah detik detik mendebarkan sebelum Selangor Angles dinobatkan sebagai top 3, kejohanan Sooka NSL 2022 setelah berjaya menumpaskan Pahang Tulips!#RuleTheCourt #SookaNSL2022 pic.twitter.com/VSRQQCtrIC
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 26, 2022
- Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman
- Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat
- Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata
- Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas
- Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.