fbpx

Tahniah Johor Darul Ta’zim – Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad

TAHNIAH JDT — KELAB TERBAIK PIALA AFC SEPANJANG DEKAD

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diundi sebagai kelab terbaik Piala AFC sepanjang dekad menerusi undian atas talian oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

JDT menerima 80 peratus dari jumlah undian yang diterima. Turut dicalonkan adalah wakil Iraq, Air Force Club, dua kelab Kuwait, Qadsia SC dan Kuwait SC serta kelab Lubnan, Al Ahed FC.

Tahniah diucapkan kepada JDT dan terima kasih kepada semua penyokong yang mengundi JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : https://www.the-afc.com/competitions/afc-cup/latest/news/johor-darul-ta-zim-voted-afc-cup-club-of-the-decade

Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?