Tahniah Johor Darul Ta’zim Julang Piala Sumbangsih 2020

CIMB PIALA SUMBANGSIH 2020 | 28 FEBRUARY 2020

JDT [1-0] KEDAH
(Maurício dos Santos Nascimento 44′)

Hidup Johor Demi Johor

Boys Of Straits Tiba…

Boys Of Straits Tiba…

Posted by Satu Johor on Jumaat, 28 Februari 2020

JDT rangkul hatrik sumbangsih
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar gelaran hatrik Piala Sultan Ahmad Shah tiga musim berturut-turut selepas menewaskan Kedah 1-0 pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Gol tunggal Mauricio Dos Santos sudah memadai buat skuad Harimau Selatan melakar kemenangan kelima aksi sumbangsih sekali gus merangkul tiga mata dalam pertarungan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan.

Tiada perubahan ketara dilakukan jurulatih Benjamin Mora dalam kesebelasan utama ketika mengekalkan muka lama dan hanya menyenaraikan Matthew Davies membarisi skuad utama selaku pemain baharu Harimau Selatan manakala Liridon Krasniqi yang pada awalnya dijangka diturunkan sekadar berada di bangku simpanan.

Percubaan pertama skuad Lang Merah hadir pada minit kesembilan selepas bola sepakan lintang Kipre Tchetche hampir disambar Hadin Azman yang menyepak bola tersasar dari gawang gol tuan rumah dan Hadin sekali lagi melakukan percubaan selang seminit namun Farizal Marlias sudah bersedia menangkap bola kemas.

Sepanjang 20 minit perlawanan yang berintensiti tinggi, anak didik Aidil Shahrin Sahak tampak mengundang bahaya di benteng pertahanan tuan rumah apabila gerakan menarik Azmeer Yusof yang melintangkan bola tepat kepada kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar yang bertindak melencongkan bola namun tersasar dari gawang gol skuad Harimau Selatan.

Skuad Harimau Selatan yang `lambat panas’ mula mencemaskan gawang pelawat pada minit ke-36 selepas bola gerakan Leandro Velazquez kepada Gonzalo Cabrera yang pantas merembat tepat ke penjuru kiri namun sempat diselamatkan penjaga gol, Ifwat Akmal Che Kassim melayangkan badan untuk menepis bola.

Ketika aksi berbaki seminit untuk ditamatkan pada babak pertama, berpunca daripada bola sepakan lintang Cabrera menyaksikan pemain pertahanan JDT, Dos Santos sempat melonjak di celah benteng pertahanan pelawat untuk menanduk masuk masuk menewaskan Ifwat Akmal.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan untuk menambah jaringan namun pada minit ke-53, Safawi Rasid terlepas peluang terhidang biarpun berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun bola rembatan leret sekadar tersasar di penjuru kanan gawang pelawat ketika Ifwat Akmal sudah tertewas.

Sumber : Harian Metro

Tahniah JDT….

Posted by Satu Johor on Jumaat, 28 Februari 2020

Komen Anda?