Tahniah JDT, Selangor, Pahang Dan Kedah Berjaya Melangkah Ke Peringkat Separuh Akhir

Tahniah buat JDT, Selangor, Pahang dan Kedah berjaya melangkah keperingkat separuh akhir.

Perlawanan dijangka akan diadakan pada 18/19/20 Oktober bagi separuh akhir pertama dan 25/26 Oktober bagi separuh akhir kedua. Nantikan pengesahan rasmi.

Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh MFL beberapa hari lagi.

Piala Malaysia selepas ini akan berehat selama dua minggu untuk memberi laluan kepada aksi pasukan kebangsaan.

? Tahniah buat keempat-empat pasukan Johor Darul Ta’zim, Kedah, Pahang dan Selangor yang mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2019!

Aksi separuh akhir dijadualkan pada hujung minggu 18-20 dan 25-26 Oktober. Nantikan pengesahan rasmi.

#PialaMalaysia2019

Sumber : MFL

Selangor tempah tiket separuh akhir

SHAH ALAM: Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak pada aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Red Giants mara dengan agregat 3-2 selepas tewas 0-1 pada aksi pertama di Stadium Perak, Ipoh, minggu lalu.

Anak buah B Sathianathan bagaimanapun terpaksa berdepan laluan getir apabila bakal berdepan juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) di separuh akhir.

Bagi Perak pula, kekalahan itu menyebabkan mereka gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi musim lalu.

Malam gemilang anak buah Sathianathan bermula dengan jaringan Syazwan Zainon pada minit ke-33 selepas merembat masuk bola berpunca daripada sepakan penjuru Endrick Dos Santos.

Khyril Muhymeen Zambri menggandakan jaringan buat Red Giants apabila meledak gol kedua pada minit ke-45 selepas mudah menyudahkan hantaran Ifedayo Olusegun.

Bekas pemain kebangsaan berusia 32 tahun itu sekali lagi menceriakan seluruh penyokong Selangor apabila meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-67.

Perak cuba bangkit memburu jaringan dengan beberapa percubaan dan usaha mereka berhasil selepas rembatan deras Brendan Gan pada minit ke-83 menewaskan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.

Jaringan itu bagaimanapun belum cukup untuk Bos Gaurus merebut slot separuh akhir dengan keduduan 3-1 memihak Selangor kekal hingga wisel penamat.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?