Tahniah!! Harimau Malaya Melonjak Ke Kedudukan Ke-147

Tahniah!! Harimau Malaya melonjak ke kedudukan ke-147 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi kemas kini terbaharu ranking FIFA, skuad kendalian Kim Pan Gon naik tujuh anak tangga berbanding berada di tangga ke-154 pada kemas kini terakhir, Mac lalu.

Malaysia naik ke ranking 147

Harimau Malaya melonjak ke kedudukan ke-147 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi kemas kini terbaharu ranking badan induk bola sepak dunia itu, skuad kendalian Kim Pan Gon naik tujuh anak tangga berbanding berada di tangga ke-154 pada kemas kini terakhir, Mac lalu.

Keputusan positif diraih skuad kebangsaan dalam beberapa aksi perlawanan persahabatan dan ketika kempen kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini menyumbang kepada kenaikan ranking Harimau Malaya.

Harimau Malaya yang menamatkan badi layak ke Piala Asia tahun depan secara merit selepas 42 tahun mengumpul 1057.59 mata keseluruhan dan menyaksikan penambahan 22.53 mata berbanding sebelum ini.

Berdasarkan kedudukan terbaharu itu, Harimau Malaya berada di kedudukan ke-26 dalam kalangan negara Asia, dan keempat di Asia Tenggara selepas Vietnam (97), Thailand (111) dan Filipina (134).

Bagi kedudukan keseluruhan, Brazil kekal sebagai pasukan nombor satu dunia dengan mengumpul 1837.56 mata, sementara Belgium di tangga kedua (1821.92) dan Argentina ketiga (1770.65). Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: