fbpx

Tahniah Harimau Malaya Apabila Berjaya Menewaskan Tajikistan Pada Aksi Malam Ini!

Harimau Malaya! ?

Tahniah Harimau Malaya apabila berjaya menewaskan Tajikistan pada aksi malam ini! ⚽

Terus beri sokongan yang positif buat pasukan Malaysia dalam aksi perlawanan yang akan datang! ?

Tier 1 International Match I Saturday, 9th November 2019

MALAYSIA 1-0 TAJIKISTAN

Safawi Rasid 72′

Tonik tambahan jumpa Thailand

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan mendapat tonik tambahan sebelum berdepan Thailand dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala 2023, Khamis ini selepas menewaskan Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Malah, persembahan anak buah Tan Cheng Hoe juga tampak positif apabila dilihat dapat mengimbangi permainan Tajikistan yang berada di ranking 116 dunia, berbanding Harimau Malaya di tangga 158.

Namun, mungkin masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki skuad negara menjelang aksi getir berdepan Thailand yang dilaporkan bakal membawa barisan terkuat mereka.

Cheng Hoe juga dilihat cuba menguji beberapa pemain kurang beraksi sebelum ini selepas merehatkan ramai pemain utama terutama pada babak pertama.

Nasib menyebelahi Harimau Malaya apabila Tajikistan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas penjaga gol, Rustam Yatimov dilayangkan kad merah pada minit ke-47 selepas pemain itu melakukan kesilapan menangkap bola di luar kotak penalti.

Peluang itu digunakan sepenuhnya Cheng Hoe dengan memasukkan beberapa tonggak utama termasuk Safawi Rasid bagi memburu jaringan.

Usaha itu berhasil apabila Safawi meledak gol tunggal perlawanan selepas menyudahkan hantaran Brendan Gan pada minit ke-72.

Cheng Hoe dijangka akan menggugurkan tiga pemain dalam masa terdekat sebelum berdepan Thailand, Khamis ini dan Indonesia (19 November) bagi aksi kelayakan Kumpulan G dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?
Related Post
B Sathianathan Anggap Tonggak Sayap JDT, Safawi Rasid Umpama Pemain Import

Safawi sehebat import - SathianathanBEKAS jurulatih kebangsaan, B Sathianathan mengganggap kehebatan tonggak sayap Johor Darul Read more

Safawi Layak Ke Eropah

TEMPAT Safawi Rasid bukan di Liga Malaysia (Liga-M) sebaliknya beraksi di liga Eropah. Demikian pandangan Read more

Perlawanan Menentang Emirates FC Melengkapkan Aksi Pra-Musim JDT Di Dubai

INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY | 30 JANUARY 2020 JDT [2-3] Emirates FC (UAE) (Syafiq Ahmad 66' Read more

Safawi Sehebat Mbappe, Sebaris Pemain Ternama Dunia

Safawi sebaris Mbappe Nama penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid terus melonjak selepas disenaraikan sebagai antara Read more