fbpx

Tahniah!! Elly Mazlein Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Guru

Elly kini sah milik Azlan

DENGAN sekali lafaz, pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein, 40, kini sah bergelar isteri kepada guru dikenali Mohamad Azlan Che Noh, 30, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, jam 9.09 malam tadi.

Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh bapa Elly, Syed Hanafi Syed Abdullah di hadapan 750 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak pengantin, kenalan, rakan artis dan media.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ketika ditemui meluahkan rasa syukur di atas kelancaran majlis pernikahan yang berlangsung.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Syukur juga kerana saya berpeluang berkongsi hari bahagia ini bersama keluarga, rakan-rakan dan juga teman media yang sentiasa bersama saya,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai perancangan untuk bulan madu, Elly dan Azlan merancang untuk bercuti pada Mac depan.

“Jadual saya dah padat sehingga Julai manakala untuk suami pula, kami perlu menunggu musim cuti sekolah. Insya-Allah, kalau mengikut rancangan, kami akan curi waktu cuti sekolah pada Mac nanti untuk bulan madu di London.

“Bukan berdua, tapi kami akan cuti bertiga bersama anak saya, Putri Sara Sefhia kerana saya takkan sesekali tinggalkan dia,” katanya.

Di majlis itu, Azlan menyerahkan lima dulang hantaran berupa barangan kemas manakala dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan berserta mas kahwin seutas gelang emas bernilai RM1,800.

“Cukuplah dengan hantaran dan mas kahwin yang juga berupa barangan kemas. Saya tak minta sebarang wang hantaran daripada Azlan,” katanya.

Majlis akad nikah yang diadakan serentak dengan majlis resepsi itu bertemakan Malam Bulan Dipagar Bintang dan turut menyaksikan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air iaitu Akim Ahmad, Nizam Laksamana, Gmie Screen, Intan Sarafina dan Aris Ariwatan.

Di majlis itu juga, Elly ditemani beberapa rakan rapatnya sebagai pengapit iaitu pelakon, Nad Zainal, Jasmine Ashraff, Fasha Sandha, Azza Elite, Intan Sarafina, Linda Hashim, Rita Rudaini dan Farahdhiya.

Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup.

Elly dan Azlan seterusnya diikat dalam satu majlis pertunangan yang berlangsung pada 17 Disember tahun lalu.

Penyanyi popular dengan lagu Bungaku Bakawali ini mengenali Azlan sejak Ogos tahun lalu dan selama itu, dia tidak berkongsi foto wajah suaminya secara terbuka di media sosial

Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Sumber : Harian Metro

Alhamdulillah tahniah..semoga kebahagiaan akan kekal bahagia untuk selamanya Aamiin ya rabbal alamiin.

View this post on Instagram

Live Update Venue 🌹 Dewan Merdeka World Trade Centre, Kuala Lumpur @worldtradecentrekualalumpur FB🌹 Worldtradecentrekualalumpur Deco & Planner by Reka Teemor🌹 @rekateemor Dress kakaklina by jimmy couture🌹 @jimmycouture Dress sefhia by 🌹 @epul_senitravision Tuxedo Mohamad Azlan by senitra🌹 @epul_senitravision Live Feed 🌹 CST PRODUCTION @cstproduction Emcee 🌹 @zulinaziz PR Media 🌹 @sakirinaca90 Make-up 🌹 @annacjmakeover_oficial Hair-do 🌹 @gebrielpadan Photographer 🌹 @faridismproduction Videographer🌹 @faridismproduction @blastphere_ventures Doorgifts🌹 @the_prettypastel Wedding cake by Mad About Cake🌹 @madaboutcake_official Hand Bouquet 🌹 @mad.about.bunga Deco Hantaran Lelaki dan Perempuan🌹 @rekateemor Earrings n Accesories 🌹 @jimmycouture Performance🌹 @akimahmad @nizamlaksamana3011 @gmiescreen @intansarafina Aris Ariwatan Bridesmaid🌹 @nad.zainal @jasmineashraff @fashasandha @azzaelite @intansarafina @lindabeego @ritrud727 @farahdhiya_fd Dress Bridesmaid by Adam Rashid 🌹 @adam.r_lamaison Make-up Bridesmaid🌹 @gebrielpadan @erwannymakeover @appless81 Sound, Lights & LED : Urbandjz Event Solution🌹 @deejay_jeevan Photobooth 🌹 @raaiq.booth #NikahAzlanEllyMazlein #wtckl

A post shared by WTCKL (@worldtradecentrekualalumpur) on

Teringat pada satu penanyi nie

Penyanyi ini berasal dari Perkampungan Orang Asli, Pos Betau, Sungai Koyan. (Asal dari Kg Sat). Nama penyanyi ini ialah Wawa June.
Wawa menyanyikan lagu Elly Mazlein iaitu Bungaku Bakawali.. Sedap jugak tengok dia nyanyian.. memang ada suara

Komen Anda?
Related Post
Seorang Lagi Penyanyi, Suara Ala2 Elly Mazlein

Vokal bukan sekadar rupa! Penyanyi ini berasal dari Perkampungan Orang Asli, Pos Betau, Sungai Koyan. Read more

Tidak Kesampaian Apabila Tewas 1-3 kepada Indonesia

Keputusan penuh akhir #BATC2020 pasukan lelaki:‬ Indonesia 🇮🇩 3-1 Malaysia 🇲🇾 Nasib tidak menyebelahi skuad Read more

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Menjadi Tumpuan Dunia

STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN BAKAL MENJADI TUMPUAN DUNIA Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal Read more

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa JDTII vs Tanjung Pagar United FC

INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH | 15 FEBRUARY 2020 JDT II [4-0] TANJONG PAGAR UNITED FC(Kei Hirose Read more