Tahniah Buat Dhabitah Sabri Yang Meraih Pingat Perak

Tahniah buat Dhabitah Sabri yang meraih pingat Perak 🥈 bagi acara Women’s 3m Springboard! 👏 Dia membuat catatan keseluruhan dengan 330.90 mata. Manakala Ong Ker Ying yang turut bersaing di tempat ke-12 dengan 231.60 mata.

Nur Dhabitah Sabri tidak dapat menahan sebak selepas raih pingat Perak kedua peribadi di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Dhabitah juga menghadiahkan pingat Perak ke-6 buat kontinjen Malaysia. Tahniah 💪🏻🇲🇾

Nur Dhabitah terlepas emas lagi

Buat seketika, segalanya berjalan lancar buat atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri dalam misinya menyumbang emas terjun pertama negara pada Sukan Komanwel 2022.

Namun, beliau yang mendahului carta pusingan akhir 3 meter (m) papan anjal individu selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempatnya yang hanya mengutip 55.50 mata dan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Saingan terdekatnya, Maddison Keeney dari Australia meraih 75.95 mata menerusi terjunan keempat untuk merampas kedudukan teratas.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu bangkit untuk memperoleh 67.50 mata selepas terjunan kelima dan terakhir. 

Bagaimanapun ia sudah terlewat untuk mengatasi Keeney yang terus mempamerkan aksi mantap bagi memikat juri dengan 72.00 mata sekali gus membawa pulang emas buat Australia.

Seorang lagi atlet terjun negara, Ong Ker Ying menduduki tempat ke-12 dengan 231.60 mata.

Semalam, Nur Dhabitah menyumbang perak dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?