Tahniah Benjamin Mora, 100 Wins

CONGRATULATIONS BENJAMIN MORA —100 WINS!

Mora puas JDT raih kemenangan

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tampak lega apabila pasukan bimbingannya melakar kemenangan besar 5-1 ke atas Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi, selepas hampir sebulan tidak beraksi pada saingan itu.

Di petik dari Laman Berita Harian, Jelasnya, situasi berkenaan walaupun sukar tapi harus berada di tahap permainan yang berkualiti dan mengekalkan momemtum perlawanan supaya tidak terjejas dengan perancangan taktikal bagi memastikan aksi di laman sendiri mampu menjelmakan kemenangan.

Beliau juga lega apabila beberapa pemain JDT yang bersama skuad Harimau Malaya mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2023 yang memiliki minit permainan ternyata memberi impak positif buat JDT pada aksi menentang Selangor FC, malam tadi.

“Kami tahu perlu membuat persiapan rapi untuk berdepan Selangor FC tatkala mereka beraksi pada saingan liga menentang Sarawak United FC, baru-baru tapi kami hanya berlatih tanpa sebarang perlawanan kompetitif dan itu membezakan antara kami dan pasukan lawan.

“Apa yang pemain lakukan jelas mengikut perancangan taktikal dan kami memahami aksi menentang Selangor FC berintensiti tinggi dan setiap pemain juga diingat supaya tidak melakukan kesilapan mudah kerana pasukan lawan bijak menghidu ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan menghukum kami.

“Gol yang dijaringkan oleh Bergson (Da Silva), Fernando (Forestieri) dan Leandro Velazquez) begitu menakjubkan tatkala mereka pemain berkualiti yang memberi kelebihan buat JDT mengakhiri babak pertama dengan kedudukan selesa dan beri lebih keyakinan pada aksi itu,” katanya.

Pengendali dari Mexico itu menjelaskan tidak menyenaraikan Carli De Murga di posisi pertahanan sebaliknya mempertaruhkan Shahril Saad bagi memastikan bekas pemain Perak itu mengawal ketat pergerakan pemain import Selangor, Herlson Caion.

Mengulas mengenai persembahan Arif Aiman Hanapi yang tampak dikawal rapi pada perlawanan itu, Mora mengakui pemain muda meningkat naik itu begitu sukar untuk melepasi kawalan pemain bek kiri Selangor FC, Fazly Mazlan yang sering mengekori rapat pemain itu.

“Arif cuba beberapa kali untuk melepasi BJ (Fazly) yang tidak memberi ruang untuk bergerak tapi ada ketika dia mampu melepasi kawalan pertahanan Selangor FC itu namun kita tidak boleh berharap Arif sentiasa beraksi cemerlang dan itu sudah kebiasaan.

“Dia diterjah dengan keras oleh pemain Selangor FC dan mengalami kecederaan selain dilayangkan kad kuning sebab itu keyakinan yang ada pada dirinya menurun dan gagal beraksi dengan baik malah saya bertindak menggantikannya untuk mengelak dia mengalami kecederaan yang lebih teruk,” kata Mora. Sumber : Berita Harian

HAPPY BIRTHDAY BENJAMIN MORA

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?