fbpx

Tahniah Anggota Polis Trafik Bantu Mangsa Kemalangan

Polis dan masyarakat berpisah tiada..

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم ْ ,
Bangga melihat anggota polis trafik yg bersunguh-sungguh menyelamatkan mangsa yg terbabas masuk ke dalam parit

Terima Kasih Polis Trafik Batu Pahat

Polis terjun parit selamatkan mangsa

USAHA beberapa anggota polis menyelamatkan mangsa kemalangan di Kilometer 7 Jalan Bukit Pasir -Tongkang Pechah, Batu Pahat, hari ini, tular di media sosial.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Perodua Myvi dipandu Zuraidah Abdullah, 25, dari arah Tongkang Pechah ke arah Bukit Pasir dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ke dalam parit.

Akibat kejadian itu, Zuraidah dan penumpang iaitu adiknya, Zulaika Abdullah, 17, terperangkap dalam kenderaan.

Rakaman video anggota polis terjun ke dalam parit bagi mengeluarkan mangsa tular di media sosial hari ini.

Anggota polis berkenaan dilihat sedaya-upaya mengeluarkan mangsa secepat mungkin berikutan kedudukan kereta terbalik di dalam air.

Sumber berkata, tujuh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat yang sedang melakukan rondaan di tempat kejadian bertindak turun ke dalam parit untuk menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan namun Zulaika meninggal dunia dipercayai lemas.

“Pemandu yang cedera di badan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Al-Fatihah dan Salam Takziah Buat keluarga mangsa…

Pujian harus diberikan kepada anggota trafik ini kerana mampu melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan dan kemanusiaan sebaik mungkin. Beginilah keadaan yang merealisasikan slogan kita “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

POSTING PILIHAN: 9 PEGAWAI DAN ANGGOTA TRAFIK BANTU MANGSA TERPERANGKAP DALAM KEMALANGAN

Warga netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat atas usaha mengeluarkan dua beradik yang terperangkap dalam satu kemalangan di Kilometer 7, Jalan Bukit Pasir-Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor, petang tadi.

Kesemua pegawai dan anggota trafik berkenaan bertungkus lumus mengawal lalu lintas serta mengeluarkan mangsa-mangsa tersebut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam tali air.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut sama membantu mengeluarkan mangsa dan kenderaan berkenaan.

Namun demikian, seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi sedang menerima rawatan di hospital.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa dan semoga mereka tabah dengan dugaan yang dihadapi. Al-Fatihah.

Sumber gambar: FB Dino Daniel LJ

POSTING PILIHAN: 9 PEGAWAI DAN ANGGOTA TRAFIK BANTU MANGSA TERPERANGKAP DALAM KEMALANGAN Warga netizen menzahirkan…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Jumaat, 31 Januari 2020

Komen Anda?
Related Post
Pegawai Dan Anggota Trafik IPD Batu Pahat Membuat Lawatan Kebajikan

PEGAWAI DAN ANGGOTA TRAFIK IPD BATU PAHAT MEMBUAT LAWATAN KEBAJIKAN. Batu Pahat , 1 Feb Read more

Nilai Kasih Sayang, Anggota Trafik Hulur Bantuan Hantar Ibu Dan Bayi Pulang

Nilai kasih sayang.. Sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam yang sedang dalam Read more

Polis Meminta Orang Ramai Bantu Mengesan Dua Individu

[HEBAHAN] KES PENIPUAN MINTA DERMA UNTUK ANAK SAKIT, SUSPEK MENYAMAR ‘ENCIK SAIFUDIN’ DIBURU Orang ramai Read more

Seramai Sembilan Pasangan Pengantin Polis Diraikan Pada Majlis Walimatul Urus PDRM Di Pulapol

Kalau jodoh tak ke mana... Meriahnya acara perkahwinan beramai-ramai WALIMATUL URUS PDRM SATUKAN SEMBILAN PASANGAN Read more