Tahniah Adik Dainnel Aqashah Berjaya Mencatatkan Namanya Dalam Malaysian Book of Records

Tahniah adik Dainnel Aqashah yang berjaya mencatatkan namanya dalam Malaysian Book of Records dengan “Most Number of Keepi Uppies with Feet in 1 Minute” dengan timangan sebanyak 202 kali. ๐Ÿ‘๐Ÿป

Percubaan melakukan rekod ini berlangsung di Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia petang tadi dan turut dihadiri YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.

202 kali timbangan dalam satu minit!

Apabila saya menyaksikan adik Dainnel Aqashah Rakmatulla dari Akademi Tunas Hulu Selangor memberi segala fokus dan kegigihan untuk mencipta rekod baharu dalam kategori โ€œMost Number of Keepie Uppies with feet in 1 minuteโ€ yang kini tercatat di dalam Malaysia Book of Records, sejujurnya saya berasa amat kagum.

Photo By YB Dato Sri’ Reezal Merican

Adik Dainnel yang berusia 12 tahun, merupakan antara bakat yang sedang diasuh di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara atau NFDP. Pencapaian ini merupakan satu lagi tanda usaha berterusan NFDP untuk menggilap lebih banyak bakat muda dalam arena bola sepak negara.

Photo By YB Dato Sri’ Reezal Merican

Saya dan pasukan KBS ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Malaysia Book of Record atas peluang yang diberikan kepada bakat muda negara ini dalam mempromosikan sukan nombor satu rakyat Malaysia ini dengan mencipta rekod baharu ini. Tahniah dan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa serta keluarga Adik Dainnel yang terus menjadi tulang belakang beliau untuk terus berjaya.

Photo By YB Dato Sri’ Reezal Merican

Saya doakan Adik Dainnel akan terus maju dan menjadi inspirasi untuk anak muda lain mencipta kejayaan demi kejayaan!

๐Ÿ“ธ: YB Dato Sri’ Reezal Merican

 27 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?