Tahniah Abang Viva, Memang Rezeki Tidak Salah Alamat

Sejak Abang Viva Viral dan mula dikenali orang ramai, ada beberapa pihak tampil telah menghubungi beliau untuk memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada pengorbanannya membantu mangsa banjir pada Disember tahun lalu.

Tahniah Azwan.. “Memang rezeki tidak salah alamat. Alhamdulillah rezeki Allah macam-macam bentuk untuk kita semua,”

Semoga murah rezeki kepada pemberi hadiah.

Terbaharu, syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd telah berkongsi satu hantaran di mana Abang Viva telah selamat menerima motosikal jenis Yamaha XJ6S berserta beberapa aksesori lain seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

Manakala Menurut portal Motomalaya, pihak mereka dimaklumkan oleh ICITY Motorworld Sdn Bhd bahawa ada seorang individu tidak dikenali menghadiahkan motosikal tersebut kepada Abang Viva Viral atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa gembira kerana Azwan menerima rezeki yang tanpa diduga.

Semoga abang viva viral ini dikurniakan kesihatan yang baik untuk berjuang kepada mangsa-mangsa banjir ..Ya Allah Engkau Rahmati dan Engkau Berkati lah setiap usaha dan keringat hamba2 Mu yang banyak membantu dalam usaha menyelamatkan mangsa2 banjir diseluruh negara.

Semoga dengan IzinMu Ya Allah Engkau jauhkan lah bumi Malaysia daripada segala musibah dan penyakit…Aamiinn Ya Rabbal Alamiinn …

Komen Anda?
%d bloggers like this: