fbpx

Tahniah Aaliyah Yoong Mencipta Sejarah

Tahniah Aaliyah Yoong mencipta sejarah !!!

#Repost @msn_malaysia_official

Superb @aaliyah.yoong????

Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah dinobatkan sebagai pemenang pertama Anugerah Peluncur Terbaik Asia sempena Kejohanan Ski Air Dunia IWWF 2019 yang berlangsung di Pusat Sukan Air Putrajaya.

Aaliyah turut cipta sejarah muncul sebagai peluncur wanita Asia pertama untuk layak ke pusingan akhir acara tricks apabila menduduki tangga kesembilan dalam kelompok 12 peserta terbaik ke final, Ahad ini.

#TeamMALAYSIA

#MalaysiaBoleh

Aaliyah Peluncur Terbaik Asia

RATU luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah dinobatkan sebagai pemenang pertama Anugerah Peluncur Terbaik Asia sempena Kejohanan Ski Air Dunia IWWF 2019 di Pusat Sukan Air Putrajaya, hari ini.

Peluncur berusia 16 tahun itu merangkul anugerah yang julung kali diperkenalkan itu atas pencapaian sebagai satu-satunya wanita Asia yang bersaing dalam kesemua tiga kategori yang dipertandingkan iaitu slalom, jumps dan tricks.

Selain itu, Aaliyah turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai peluncur wanita Asia pertama untuk layak ke pusingan akhir acara tricks pada kejohanan dunia apabila menduduki tangga kesembilan dalam kelompok 12 peserta terbaik ke final, Ahad ini.

Meskipun mengalami masalah kecederaan telinga, Aaliyah mengumpul 7,320 mata dalam acara tricks pusingan awal hari ini, sekali gus memadam rekod Asia 7,250 mata.

Persekutuan Ski Air & Wakeboard Malaysia (MWWF), dalam kenyataan, berkata Anugerah Peluncur Terbaik Asia kategori lelaki dimenangi oleh peserta berusia 16 dari Korea Selatan, Ju Seong Min.

Anugerah bagi peluncur Terbaik Asia itu menyaksikan tiga peluncur dipilih daripada setiap empat disiplin – slalom, tricks, jump dan keseluruhan bagi kategori lelaki dan wanita.

Sebanyak 24 peluncur dari Asia iaitu dari tujuh negara, China, Indonesia, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand dan Malaysia, adalah antara 143 peserta dari 32 negara mengambil bahagian pada kejohanan dunia berkenaan.

Anugerah Peluncur Terbaik Asia:

Lelaki:

Slalom

Emas: Ju Seong Min (KOR)

Perak: Park Jae Young (KOR)

Gangsa: Ryota Funo (JPN)

Tricks

Emas: Ju Seong Min (KOR)

Perak: Zhong Junjie (CHN)

Gangsa: Ryota Funo (JPN)

Jump

Emas: Jeong Ji Min (KOR)

Perak: Ju Seong Min (KOR)

Gangsa: Park Jae Young (KOR)

WANITA:

Slalom

Emas: Aaliyah Yoong Hanifah (MAS)

Perak: Weeraya Rosendahl (THA)

Gangsa: Harue Kamiya (JPN)

Tricks

Emas: Aaliyah Yoong hanifah (MAS)

Perak:Jiang Hui (CHN)

Gangsa: Sabelle Kee (SIN)

Jump

Emas: Aaliyah Yoong Hanifah (MAS)

Perak: Harue Kamiya (JPN)

(Hanya dua peserta Asia dalam kategori tersebut).

Sumber : Harian Metro

Aaliyah Mara Ke Final Kejohanan Dunia

Ratu ski air negara, Aaliyah Yoong berjaya mempamer aksi bertenaga untuk melayakkan diri ke pentas final acara trick pada Kejohanan Ski Air Dunia yang berlangsung di Putrajaya.

Lebih manis lagi, peluncur muda ini turut menerima anugerah sebagai Peluncur Air Terbaik Asia memandangkan Aaliyah menjadi wakil tunggal Asia yang menempatkan diri dalam kalangan12 peserta terbaik acara trick.

Komen Anda?
Related Post
Prototaip Toyota Corolla Altis Kenderaan Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia

Toyota Corolla Altis MPV baharu PDRM GO Auto Sales Sdn Bhd mempamerkan unit prototaip Toyota Read more

Pegawai Perlawanan Wanita Dipilih Untuk Mengadili Perlawanan Liga Malaysia 2020

Kerjaya sebagai pengadil bola sepak di mungkin tidak dianggap sehebat pemain atau jurulatih bola sepak. Read more

Sekilas Pandang AR Photobooths Di Stadium Sultan Ibrahim

Terdahulu, Laman media Rasmi iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Read more

Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more