fbpx

Tabung Bencana Negeri Johor Terus Menerima Sumbangan Daripada Beberapa Pihak Yang Prihatin

Tabung Bencana Negeri Johor terus menerima sumbangan daripada beberapa pihak yang prihatin.

Hari ini Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor memberi sumbangan sebanyak RM80,000. Inisiatif itu diinspirasikan oleh Penaungnya, YB Dato’ Haji Azmi Rohani yang mencadangkan Wang Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 yang diterima oleh para pegawai tadbir dikembalikan semula kepada kerajaan sebagai tanda prihatin terhadap usaha memerangi penularan wabak COVID-19.

Warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM201,000 hasil potongan gaji bermula April lalu hingga Disember 2020 mengikut persetujuan mereka. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, YB Dato’ Haji Adib Azhari Daud.

Syarikat Bullish Aim juga menyumbang sebanyak RM200,000 yang disampaikan oleh Pengarahnya, Naifuddin Bujang.

Kerajaan Negeri Johor mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua penyumbang.

Tabung Bencana Negeri Johor terus menerima sumbangan daripada beberapa pihak yang prihatin.Hari ini Persatuan Pegawai…

Posted by Hasni Mohammad on Rabu, 6 Mei 2020

Komen Anda?