Syahmi Safari, Pemain Baru Kelab BolaSepak JDT

Welcome to home of champions Syahmi Safari

Syahmi sah meninggalkan Selangor pada penghujung November lalu atas dasar persetujuan bersama dan teka-teki mengenai masa depannya akhirnya terjawab dengan pengumuman berkenaan.

Syahmi Safari diumumkan sebagai pemain baru pertama untuk pasukan JDT. Makin banyak option JDT di posisi pertahanan sisi.

Menerusi rakaman video selama seminit di laman rasmi Johor Southern Tigers memaparkan pemain Harimau Malaya itu memilih kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai destinasi untuk meneruskan karier bola sepak profesionalnya.

Malah di dalam video berkenaan, pemain kelahiran Kuala Selangor itu yang kini berusia 23 tahun menegaskan hanya terdapat satu destinasi untuk mengembangkan karier bola sepaknya dan ia adalah kelab JDT.

Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia “Johor Darul Ta’zim” dan saya kini berada di sini.

Saya tidak boleh mengatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia. Ini adalah cabaran, cabaran untuk saya melangkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak.

Photo : JST

Sebagai peminat bola sepak JDT, tertunggu seorang lagi pemain tempatan dan seorang pemain import yang bakal digandingkan bersama Bergson Da Silva bagi mengharungi kempen Liga M dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

LuaskankuasamuJohor

Komen Anda?