Sumareh Sah Akan Beraksi Di Liga Thailand Bersama Kelab Police Tero FC

Tanda tanya kemana Sumareh menghilang akhirnya terjawab. Laman Facebook rasmi pasukan Plice Tero FC mengesahkan pemain ini bakal menyertai pasukan dan akan memakai jersi bernombor 13 dan akan menyertai sedikit lewat disebabkan Covid 19. Liga Thailand akan bermula pada 12/9/2020.

OFFICIAL !"มังกร​โล่​เงิน" โปลิศ​ เท​โร​ เอ​ฟซี​ คอน​เฟิร์มคว้าตัว โมฮามาดู ซูมาเรห์ ดาวเตะทีมชาติมาเลเซีย…

Posted by Police Tero FC on Isnin, 7 September 2020

Pahang gigit jari, Sumareh sah sertai Police Tero

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh sah akan beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC.

Pengumuman itu dibuat oleh kelab berkenaan menerusi Facebook mereka hari ini, dengan Sumareh akan menyarung jersi nombor 13.

“Police Tero FC mengesahkan mengikat Sumareh, pemain Malaysia-Gambia akan menyertai pasukan dan menambahkan kekuatan bagi saingan (liga) Thai Toyota.

“Liga 2020/21 akan kembali bersambung pada 12 September. Sumareh akan memakai (jersi) nombor 13 untuk Police Tero FC bagi saingan Liga Thai,” kata kelab berkenaan.

Selain mengesahkan kehadiran Sumareh dalam pasukan itu, Police Tero turut memuat naik video ringkas ucapan daripada pemain berusia 25 tahun itu.

“Kepada semua penyokong Police Tero, saya Mohamadou Sumareh, jumpa anda nanti di Bangkok,” kata Sumareh.

Sebelum ini, Sumareh mencetuskan kontroversi apa dilaporkan tidak menyertai latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu.

Terdapat dakwaan bahawa dia bertindak demikian kerana masalah pembayaran gaji dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Malah, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontrak bersama Tok Gajah dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?