Sultan Johor Terus Melawat Pusat Pemindahan Banjir

Daulat Tuanku… Semoga diberi kesihatan yg baik buat Tuanku serta keluarga. Aamiin.

SULTAN JOHOR TERUS MELAWAT PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

Cuaca hujan nyata bukan halangan buat DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terus berangkat melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir pada pagi ini (17 Disember).

Baginda Tuanku Sultan berkenan berangkat ke PPS SMK Suria Perdana, Batu Pahat yang menempatkan 44 mangsa daripada 13 keluarga.

DYMM Sultan Johor meluangkan masa bertanyakan khabar serta memberikan kata-kata semangat kepada mangsa-mangsa banjir.

Daulat tuanku Sultan yang berjiwa rakyat dan bersama rakyat waktu susah dan senang .Ya Allah ya Tuhanku lanjutkan lah usia Tuanku . Amin

Komen Anda?