Sultan Johor Terima Taklimat Perkembangan Projek RTS

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima saya, CEO MRT Corp, Dato’ Mohd Zarif Mohd Hashim dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani mengadap di Istana Flintstone, Mersing.

Photo by Wee Ka Siong

Pihak MOT dan MRT Corp telah mempersembahkan satu replika khas model terbaru gerabak MRT kepada Sultan Johor sebagai tanda penghargaan & menjunjung kasih Tuanku kerana berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis pecah tanah Projek RTS Link Malaysia-Singapura secara maya pada hari keputeraan Tuanku, 22 November yang lalu.

Photo by Wee Ka Siong

Sumber : FB Wee Ka Siong

SULTAN JOHOR TERIMA TAKLIMAT PERKEMBANGAN PROJEK RTS

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim pada hari ini (30 Disember).

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Datuk Mohd Zarif mempersembahkan kepada Baginda Tuanku Sultan berhubung laporan terkini projek RTS.

DYMM Sultan Johor bertitah, Baginda saling berkongsi beberapa pandangan mengenai kemajuan projek bersama Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Datuk Mohd Zarif.

“Saya amat menghargai kehadiran kedua-dua mereka untuk menyampaikan taklimat mengenai projek berkenaan sehingga datang ke Johor walaupun mempunyai jadual kerja yang padat.

“Saya turut menekankan bahawa projek ini perlu berjalan secara lancar dengan menepati jadual pembinaannya,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Pertemuan bersama DYMM Sultan Johor berlangsung di Istana Flintstones, Mersing.

Pada 22 November lalu, DYMM Sultan Johor berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah RTS Link yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

Majlis pecah tanah berlangsung di tapak projek akan datang bangunan Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Chagar dengan disaksikan Baginda Tuanku Sultan secara maya dari Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.

Pelaksanaan projek RTS Link itu, bukan sahaja memberikan manfaat dari segi sosio-ekonomi, malah bakal mengubah lanskap pengangkutan awam di Johor, selain terus mengeratkan hubungan dengan Singapura.

RTS Link merupakan sistem transit aliran ringan pertama yang dibina di Johor Bahru, yang mana Johor merupakan pintu masuk utama di selatan negara.

Merangkumi pembinaan laluan sepanjang empat kilometer menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura, RTS Link dijangka beroperasi pada penghujung tahun 2026.

Daulat Tuanku

 27 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?