Sultan Johor Terima Mengadap Tan Sri Muhyiddin Yassin

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (19 Mac).

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Tan Sri Muhyiddin ke atas Baginda Tuanku Sultan selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada awal bulan ini.

Pada pertemuan selama hampir sejam, Tan Sri Muhyiddin turut mempersembahkan kepada DYMM Sultan Johor mengenai situasi semasa COVID-19.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani.

Tan Sri Muhyiddin bersama tetamu kehormat yang lain turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Daulat Tuanku

SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP TAN SRI MUHYIDDIN YASSINDYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Khamis, 19 Mac 2020

SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP TAN SRI MUHYIDDIN YASSINDYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Khamis, 19 Mac 2020

Muhyiddin persembah situasi COVID-19 ketika menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 19 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersembahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai situasi terkini COVID-19.

Menerusi catatan dan beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, Muhyiddin mempersembahkan perkara itu ketika menghadap baginda selama hampir sejam.

Menurut catatan itu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Ini adalah majlis menghadap pertama Muhyiddin ke atas baginda, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.

Menurut catatan itu, Muhyiddin bersama tetamu kehormat yang lain turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Sumber : BERNAMA

Komen Anda?