Sultan Johor Terima Mengadap Menteri Kesihatan

SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP MENTERI KESIHATAN

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada hari ini (27 Julai).

Pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru selama hampir sejam.

Perbincangan menyentuh mengenai isu-isu kesihatan semasa serta perkembangan terkini kerja-kerja pembaikan Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar pada Jun lalu.

DYMM Sultan Johor sebelum ini bertitah Baginda berkenan membiayai kos membaikpulih wad berkenaan dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Tuanku Sultan Ibrahim amat menitikberatkan kesihatan rakyat dan ketika negara diancam penularan wabak COVID-19 sejak Mac lalu, Baginda secara berterusan berkenan mengurniakan pelbagai sumbangan termasuk ventilator dan peralatan perubatan untuk kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.

Sumbangan-sumbangan berkenaan dilakukan menerusi YSIJ dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura, dermawan serta rakan-rakan Baginda.

Datuk Seri Dr. Adham turut meluangkan masa melihat kemudahan-kemudahan perubatan berteknologi tinggi di dalam ambulans peribadi DYMM Sultan Johor.

SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP MENTERI KESIHATANDYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan…

تم النشر بواسطة ‏‎Sultan Ibrahim Sultan Iskandar‎‏ في الأحد، ٢٦ يوليو ٢٠٢٠

Komen Anda?