fbpx

Sultan Johor Terima Kunjungan Pimpinan Parti Bersatu Johor

SULTAN JOHOR TERIMA KUNJUNGAN PIMPINAN PARTI BERSATU JOHOR

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor diketuai Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (10 Jun).

Kunjungan sempena Aidilfitri itu turut dihadiri

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri.

Turut hadir, bekas Menteri Besar Johor, Dato’ Osman Sapian dan Ketua Armada Johor, Norul Haszarul Abu Samah.

Tetamu-tetamu juga diraikan dalam satu majlis santapan minum petang bersama Baginda Tuanku Sultan.

Komen Anda?