Sultan Johor Terima Darjah Kebesaran Sikatuna (Order Of Sikatuna) Oleh Presiden Filipina

“Daulat Tuanku”

SULTAN JOHOR TERIMA DARJAH KEBESARAN SIKATUNA (ORDER OF SIKATUNA) OLEH PRESIDEN FILIPINA

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerima Darjah Kebesaran (Order Of Sikatuna) yang membawa gelaran Datu daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Majlis berlangsung di Istana Malacanang, Manila hari ini (10 Julai), sempena lawatan Baginda Tuanku Sultan di atas jemputan peribadi Presiden Filipina.

DYMM Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Presiden Filipina.

Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berangkat tiba di Istana Malacanang pada jam 5 petang, sebelum menandatangani buku pelawat.

DYMM Sultan Johor kemudian disambut oleh Presiden Filipina dan bergambar bersama sebelum mengadakan pertemuan tertutup yang berlangsung selama hampir sejam.

Baginda Tuanku Sultan bersama delegasi kemudian diraikan dalam satu majlis santapan malam bersama Presiden Filipina.

Baginda Tuanku Sultan dan Presiden Filipina turut bertukar cenderahati serta merakam gambar kenangan.

Sempena lawatan itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte turut menghadiahkan sebuah potret lukisan wajah DYMM Sultan Johor.

Sultan Johor terima Darjah Kebesaran Sikatuna dari Duterte

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini menerima Darjah Kebesaran Sikatuna yang membawa gelaran Datu daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Majlis pengurniaan darjah berkenaan berlangsung di Istana Malacanang, Manila, hari ini, sempena lawatan Sultan Ibrahim di atas jemputan peribadi Duterte.

Dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Duterte.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Istana Malacanang pada jam 5 petang, sebelum menandatangani buku pelawat.

Sultan Johor kemudian disambut oleh Duterte dan bergambar bersama sebelum mengadakan pertemuan tertutup yang berlangsung hampir sejam.

Baginda bersama delegasi kemudian diraikan dalam satu majlis santapan malam bersama Presiden Filipina.

Sumber : Berita Harian

Facebook Comments