Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Mencemar Duli Beramah Mesra Bersama Penduduk Di Kg Jawa, Segamat

“Daulat Tuanku”

SEMBANG SANTAI BERSAMA RAKYAT DI KAMPUNG JAWA, SEGAMAT – 5 JANUARI 2020

Sultan Johor ‘sporting’

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini, mencemar duli beramah mesra bersama penduduk di Kampung Jawa, Segamat.

Lebih menarik, Sultan Ibrahim turut berkesempatan bersama rakyat jelata kira-kira 40 minit bermula 11.15 pagi termasuk menggoreng buah sukun di sebuah gerai di kampung berkenaan.

Kehadiran mengejut baginda turut ditemani Pegawai Daerah Segamat, Nasri Mad Ali dan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat.

Peniaga gerai terbabit, Noor Aishah Othman, 63, berkata, dia bangga dan teruja apabila Sultan Johor berkenan mencemar duli untuk melawat dan menggoreng sukun di gerainya.

“Sultan Ibrahim amat ‘sporting’ sambil menggoreng buah sukun dan berbual dengan rakyat jelata. Baginda tidak kelihatan kekok memasak.

“Baginda turut bertitah sukun goreng lebih sedap jika dicicah sambal kicap,” katanya berniaga di gerai itu bersama suami, Hamdan Kadar, 62, sejak lebih 20 tahun lalu.

Noor Aishah berkata, dia bertuah kerana Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli dan singgah ke gerai miliknya dan ia menjadi pembakar semangat untuk terus berniaga di situ.

Sumber : Harian Metro

Terima Kasih Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj atas kunjugan ke Burger Rabax dan Kedai Hamdan Berhadapan Masjid Kg Jawa Segamat Johor 👋

Proud to be JOHOREAN – Credit Burger Rabax