Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar Berkenan Mengurniakan Darjah Kebesaran

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor serta DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Khaleeda berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Baharu, Istana Bukit Serene pada 23 Mac 2021. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah paduka-paduka adinda yang lain. Allah Peliharakan Sultan.

Kekanda Permaisuri Johor, MB terima darjah kebesaran

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad pula dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato.

Photo by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Dato dikurniakan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Dato Abdul Rahman Salleh; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Dato Asman Shah Abd Rahman dan Timbalan Mufti Johor, Dato Ahmad Faisal Mohamed.

Sementara itu, lima penerima dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ)

SIJ dikurniakan kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi Hazlina Jalil, Pegawai Daerah Kulai Zainor Adani, Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din dan Kadi Besar Negeri Johor Halid Sono.

Daulat Tuanku

 308 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?