Sultan Johor Murka Tindakan Seorang Menteri Memberi Ceramah Dalam Masjid, Arah Menteri Terbabit Segera Menghadap

Sultan Ibrahim bertitah bahawa pemimpin politik berkenaan supaya dengan segera mengadap Baginda serta memohon maaf secara bersurat serta tidak mengulangi lagi kesilapan itu.

Sultan Johor murka, arah menteri terbabit segera menghadap

Baginda bertitah mengingatkan bahawa telah menjadi peraturan bagi semua masjid dalam negeri Johor tidak membenarkan sesiapa berceramah terutama dalam masjid atau kawasan sekitarnya kecuali telah mendapat tauliah dan kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pemimpin politik berkenaan yang juga seorang Ahli Parlimen supaya dengan segera mengadap Baginda serta memohon maaf secara bersurat serta tidak mengulangi lagi kesilapan itu.

“Semua masjid di negeri Johor adalah kawasan larangan untuk sebarang unsur politik sejak dahulu lagi. Ini merupakan tradisi negeri Johor.

“Ia adalah tempat beribadah dan menyatukan ummah. Sebarang unsur politik yang dibawa hanya akan memecahbelahkan jemaah, menjejaskan kesucian masjid serta keharmonian masyarakat,” titah Sultan Johor yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi Baginda, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Di negeri Johor, tidak pernah berlaku dimana orang memberikan ceramah politik di dalam masjid. Hormat tradisi Johor. Saya menggesa Majlis Agama Islam memantau dan mengambil tindakan sepatutnya kepada sesiapa yang menggunakan masjid yang merupakan tempat beribadah demi kepentingan politik.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Photo & Sumber : HRH Crown Prince of Johor
“Daulat Tuanku”

Komen Anda?