Sultan Johor Mahu Pihak Berkuasa Siasat Segera Pencemaran Sungai Ulu Benut Dan Sungai Machap

Sungai Ulu Benut, Sungai Machap tercemar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan pihak berkuasa menyiasat dengan segera pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap di Simpang Renggam hingga menyebabkan berlakunya kematian ikan.

Dalam entri di laman rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung pencemaran itu kerana tidak mahu kejadian seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang berulang.

Sultan Johor bertitah, baginda mahu agensi awam yang berkaitan mengemuka laporan secepat mungkin berhubung pencemaran itu.

“Lakukan siasatan dan saya juga mahukan laporan segera berhubung perkara ini.

“Sesiapa sahaja terbabit perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai.

“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, yang juga Menteri Pendidikan dijangka melawat kawasan pencemaran sungai berkenaan tengah hari ini.

Sumber : Berita Harian

SULTAN JOHOR MAHU PIHAK BERKUASA SIASAT SEGERA PENCEMARAN SUNGAI DI SUNGAI ULU BENUT, SUNGAI MACHAP DI SIMPANG RENGGAM

Kenyataan Dari Facebook Dr. Maszlee Malik

Patik menjunjung kasih titah Tuanku mengenai isu pencemaran sungai ini. Selepas patik berhubung dengan pihak Istana mengenai perkara ini, Tuanku segera bertitah dan patik amat berterima kasih di atas keprihatinan Tuanku.

Patik kini berada di kawasan terlibat bagi meninjau dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah ini.

Patik akan berusaha sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan.

Sebarang maklumat lanjut akan patik maklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber : Dr. Maszlee Malik

Photo : PHSR

Komen Anda?